Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

About Us


  • Muqadimah / 前言

    MACMA adalah akronim kepada Malaysian Chinese Muslim Association atau Persatuan Cina Muslim Malaysia. MACMA telah ditubuhkan pada 8 september 1994. Sejak itu, MACMA terus berkembang ke beberapa buah negeri di Malaysia.Penubuhan MACMA Cawangan Sarawak membuktikan komitmen masyarakat Cina Muslim khususnya kepada masyarakat Cina,lslam dan bukan lslam. Tarikh 8 November 1996 menyaksikan penubuhan rasmi MACMA Cawangan Sarawak. Dari permulaan yang serba kekurangan, kini persatuan ini semakin hari semakin memperlihatkan keupayaannya menangani cabaran dan masalah dalam rangka memenuhi objektif penubuhannya. MACMA Cawangan Sarawak telah pun melebarkan sayap dengan menubuhkan sebuah biro di Bintulu. Pada masa akan datang, beberapa biro akan ditubuhkan lagi terutama di bandar-bandar utama Sarawak.

    MACMA 是简称,他的全名是马来西亚华人穆斯林协会,成立于一九九四年九月八日,总部位于吉隆坡,随后在各州市成立分会.在一九九六年十一月八日,正式成立马来西亚华人穆斯林协会沙捞越分会,自成立以来,为宏扬伊斯兰事业做了大量的工作,同时给华人穆斯林和各族同胞提供了各种服务。马来西亚华人穆斯林协会沙捞越分会已在民都鲁建立民都鲁支会,今后将在沙捞越州各城市成立支会。


    Objektif / 宗旨
    • Untuk memantapkan masyarakat Cina Muslim Malaysia. (To establish a Malaysian Chinese Muslimummah)
    • Untuk mengukuhkan persaudaraan di kalangan masyarakat lslam keseluruhannya. (To strengthen the brotherhood and sisterhood with all Muslims,)
    • Untuk menyebar luas pengetahuan dan ajaran lslam. (To propagate the knowledge and teachings of lslam)
    • Untuk mengendalikan pengajian, penyelidikan, seminar-seminar dan latihan untuk kemajuan pengetahuan lslam dan kesejahteraan ahli-ahli. (To conduct studies, research, seminars and trainings for the advancement of the lslamic knowledge and well being of its members)
    • Untuk membina dan mentadbir pusat-pusat lslam/ Masjid –masjid untuk Cina Muslim.(To build and administer the lslamic Centres/ mosques for Chinese Muslim )
    • Untuk melaksanakan serta menyelaras aktiviti dakwah (To implement and coordinate da’wah activities)
    • Untuk merancang, menyelaras dan mengerakkan aktiviti-aktiviti ekonomi lslam, tabung amanah kebajikan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial.(To plan, coordinate and execute Islamic economi activities, charitable trusts and funds for undertaking social and Welfare activities) 

    • 团结马来西亚华人穆斯林社群
    •  加强各族穆斯林之间的友谊联系
    • 宣传伊斯兰教义
    •  举办讲座,座谈会,研讨会,增进会员们的伊斯兰知识
    • 创建管理华人穆斯林文化中心和华人穆斯林清真寺
    •  培训提高宣教工作水平
    • 发展穆斯林经济,慈善基金,和社会福利机构


    Kewangan / 经济来源

    Aktiviti-aktiviti MACMA dibiayai oleh sumbangan ikhlas dari agensi kerajaan, swasta, tokoh-tokoh korporat dan orang ramai. Di samping itu MACMA akan mengadakan projek-projek kutipan derma bagi menggerakkan aktiviti-aktivitinya.

    经费来自会员,政府机构,商业社团,公众捐款和赞助。




    Keahlian / 会员细则

    Keahlian terbuka kepada semua muslim yang berketurunan Cina sama ada dari generasi pertama atau generasi kedua. Keahlian sekutu dibuka kepada umat lslam berbangsa lain yang bersedia mendokong matlamat murni persatuan ini.